Thursday, January 04, 2007

Am I Full of Crap??

'Cicakman - http://www.cicakman.com'

Cicakman, satu nama yang mengegarkan panggung wayang baru baru nie....akoo balek umah mak akoo, tak abeh abeh dia dok bising pasal cicakman nie best la, bagus la, sampai akoo sendiri tertanya tanya, bagus sangat ker cicakman nie. Jadi time new year eve bebaru nie, akoo mendapat peluang utk tgk ngan mata kepala akoo sendiri, apa yang bagus sangat pasal cicakman neh.

Dari trailer yang akoo tgk dlm tv ngan dlm website diorang, boleh tahan gempak gak, dia nyer effects and graphic, memang buatkan akoo tak sabo sabo nak tengok. Cume satu jerk akoo risau, berdasarkan ape yang akoo tanye memember akoo sblm akoo gi tgk, sumenya ckp jln cite tak best. Tapi disebabkan akoo nak tgk sangat visual efek diorang yang dikatakan gempak, maka akoo pergilah ke TGV One Utama.

Abis jer tgk filem tue, memacam persoalan bermain dlm pale otak akoo. First skali, kudos and tahniah kat KRU Film sbb berjaya menghasilkan filem yang akoo kira pioneer kat dlm Malaysia nie, setau akoo takde lagi filem kat Malaysia yang gune visual effects camnie. Cume akoo agak kureng dari segi jalan citer. Bagi akoo jalan cerita cicakman kurang menarik dan agak membosankan. Dari segi pelakon plak, utk watak apek, memang takleh kate apa, apek will always be apek, utk watak fasha sandha, akoo agak menyampah sikit....sikit jer tak banyak pun, utk watak aznil memang akoo takleh pandang langsung. Ntah hape hape jerk nak gelak 24 jam. Akoo paham diorang cube gabungkan Batman+Spiderman+Matrix dlm citer tue and akoo paham watak Aznil tue mcm Joker. Tapi akoo rasa agak menyampah bila dia gelak mcm tue (utk yang dah tgk cicakman diorang paham la kot).

Semalam akoo melepak ngan Mirajahat, sementara tunggu nak amik adik dia dari pudu, kitorang borak pasal cicakman and Mira ada ckp satu benda yang akoo rasa kalo Yusry buat mesti cicakman leh lawan Spiderman (poyo jerk). Mira ada mencadangkan agar watak Ginger Boys ngan Dr Klon tue di seriuskan. Akoo pk balek, betul gak apa yang Mira ckp, sbb bila hero dah lawak, and tetibe si org jahat pun nak wat lawak, hasilnya ialah lawak yang tak berapa nak jadi and bosan. Tapi cube korang pk kalo watak Hairi/Cicakman tue lawak lawan ngan Dr Klon/Gingerboys yang serius, mesti menarikkan. Kalo korang perasan, dlm Johney English ada wat camtue, watak hero yang lawak dan villain yang serius. Tapi ni cume apa yang Mira n akoo pk jerk.heheheheheheheh. Mana tau, utk Cicakman2 Yusry buat camni plak. Tapi papepon, Restecp n kudos utk Yusry n KRU Film kerana menghasilkan sesuatu yang boleh menaikkan martabat filem malaysia. Mintak mintak pasnie makin ramai yang wat filem kat malaysia pakai cgi n visual effects....huhuhuhuhuhuuhuhuh

BMWShorties
Semalam akoo ada berbincang ngan Mirajahat pasal penyertaan kitorang utk BMWShorties nie. Setelah akoo mendapat penjelasan yang mendalam oleh sifoo Ajami, maka berkemungkinan besar kitorang tak masuk. Ijat ada anto mesej kat akoo ckp berminat nak masuk, tapi lepas dgr tarikh tutup penyertaan adalah bulan depan, terus tak jadi. Bukan apa, kitorang tidak ada masa dan bajet yang cukup untuk shooting balik dan utk Deja Vecu plak, kitorang takleh nak antar sbb takde kaitan dgn theme diorang.

Trimas pada sifoo Ajami kerana menerangkan dgn mendalam pasal theme Mobility tue. Ajami ada kasik idea utk kitorang shoot, tapi rasanya tak sempat kot, Ijat dok kat singapore, Mira sibuk ngan nak bukak kompeni baru, akoo plak sibuk ngan kerja (sibuklah sangat). Tgk la lepas 2-3 bulan nanti insyallah kitorang sambung balek projek kitorang.

Akoo baru lepas mengupgradekan blogger neh....upgrade pebenda ntah, abis ilang akoo punya haloscan....dem.....pastue tadi akoo try nak install haloscan balek, dia kata error la plak....bengong betul, pening akoo.....huhuhuhuuhuh...lagik senang akoo edit html. So akoo rasa takat ni jer akoo ngarut....bersambung lagi pas nie.....chalee~~



No comments: